Syed Saddiq buat kejutan raikan ‘birthday’ Bella Astillah, keluarga juga ikut serta!

LocalEntertainment
15 Mar 2025 • 12:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Syed Saddiq buat kejutan dengan merancang meraikan hari lahir Bella Astillah dengan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Perkongsian tersebut dimuat naik sendiri oleh Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah binti Awang Astillah, 31 di Instagram miliknya dengan menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak termasuklah ahli parlimen Muar terbabit.

Instagram will load in the frontend.

Syed Saddiq buat kejutan sambut hari lahir Bella dengan keluarga & rakan2

Dalam hantaran tersebut, Bella menyatakan rasa bersyukur dengan setiap yang dilalui selepas peristiwa menyedihkan tahun lalu.

Ujarnya, hari lahirnya tahun ini adalah cukup bermakna dalam kehidupan dan sangat bersyukur dikurniakan oleh keluarga serta sahabat yang sentiasa ada bersama.

“Ini adalah hadiah yang cukup bermakna buat diri Bella. I’m so thankful for each and every one of you. Cheers to many more years of friendship and laughter together. InshaAllah,” tulisnya.

image is not available

Syed Saddiq buat kejutan, ibu bapa pun ada sama!

Selain dari mengucapkan terima kasih kepada ibu, bapa, keluarga dan para sahabat, dia turut menyatakan penghargaan kepada Syed Saddiq kerana meluangkan masa serta merancang meraikan hari lahirnya tahun ini.

Lebih mencuri tumpuan sudah tentu kehadiran ahli keluarga Syed Saddiq termasuk ibu bapanya yang sama-sama menyambut hari istimewa Bella.

image is not available

Selamat hari lahir ironlady!

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada rakan-rakan selebriti serta peminat yang sama-sama mengucapkan selamat hari lahir kepada selebriti asal Sabah itu.

Mereka juga mendoakan agar Bella terus gembira serta menyatakan bahawa dia layak untuk bahagia selepas apa yang dilalui sebelum ini.

image is not available

Semoga Grumpy Munchkin terus bahagia

image is not available

Semoga yang baik-baik sedia merapat

image is not available

Hari lahir Bella Astillah tahun lalu disambut dalam keadaan penuh tangisan susulan kontroversi yang melanda melibatkan rumah tangganya.

Walau bagaimanapun, episod duka itu sudah berlalu dan dia dilihat semakin bahagia dengan orang sekeliling dan kerjaya yang semakin bersinar setelah berpisah dengan bekas suami yang juga selebriti asal Singapura.

Sumber: Instagram bellaastillah