Hasil Jadi Model Bersama Bella Astillah, Syed Saddiq Serahkan Sumbangan RM1.36 Juta Untuk Muar

LocalPolitics
14 Mar 2025 • 5:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, pasangan merpati dua sejoli iaitu Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah turun padang bagi menyerahkan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri untuk pengundi Parlimen Muar.

Difahamkan, sumbangan bernilai RM1.36 juta itu merupakan hasil titik peluh Syed Saddiq menjadi model sebuah syarikat fesyen, Primavalet bagi koleksi Aidilfitri bersama Bella.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Kata Ahli Parlimen Muar itu, dirinya terpaksa berbuat sedemikian bagi mendapatkan sumbangan untuk pengundi di kawasan Parlimennya.

Kalau mereka memerlukan apa-apa bantuan seperti kerusi roda, makanan, baik pulih rumah dan sebagainya, dengan peruntukan inilah kita gunakan. Saya sangat berharap kerana saya melalui 400 hari tanpa peruntukan. Setakat ini apa yang dimaklumkan kepada media, saya doakan yang terbaik.

Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa peruntukan untuk Parlimen Muar disekat dan itu menyukarkan untuknya menyarlukan sumbangan buat penduduk di kawasan tersebut.

image is not available 1 month ago

"Dengan Jadi Model, Panjat Kinabalu.." - Raih RM1 Juta Jadi Model PrimaValet, Syed Saddiq Sumbang Kepada Rakyat Muar