Syed Saddiq Dedah Laporan Audit Larian Kesyukuran, "100 Peratus Untuk Rakyat Muar"

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 2:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Syed Saddiq Dedah Laporan Audit Larian Kesyukuran, "100 Peratus Untuk Rakyat Muar"

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan bahawa laporan audit kewangan penuh bagi kutipan sumbangan menerusi Larian Kesyukuran Muar kini boleh diakses oleh orang ramai.

Menerusi hantaran di X, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada hampir 25,000 penyumbang yang menjayakan inisiatif berkenaan.

Syed Saddiq turut menegaskan bahawa tiada wang sumbangan disalurkan kepada dirinya mahupun pasukannya, sebaliknya keseluruhan dana itu diperuntukkan kepada rakyat Muar.

"100% ketelusan 100% akauntabiliti. RM0 ke saya dan pasukan, 100% Ke rakyat Muo," katanya.

Sebelum ini Syed Saddiq telah melakukan Larian Kesyukuran Muar yang mengambil masa selama empat hari pada Julai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved