“Saya Takut, Saya Ada Sejarah...” - Syed Saddiq

19 Nov 2026 • 11:09 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Saya Takut, Saya Ada Sejarah...” - Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui perbezaan satu jam catatan masa menerusi kejohanan sukan Ironman Malaysia adalah bukan mudah terutama kini dia bergelar suami kepada pelakon, Bella Astillah.Menerusi perkongsian siaran langsung di Tiktok, Syed Saddiq akui sering mendengar khabar angin mengenai individu yang sudah berkahwin, kebiasaannya tubuh badan mereka akan turut berubah.Bagaimanapun, dia akan cuba menyahut cabaran tersebut dan membuktikan statusnya bukan penghalang untuk mencatat rekod yang lebih baik dalam sukan berkenaan.“Perbezaan 12 jam dan 13 jam ini berbeza. Ia bukan mudah. Orang kata bila dah kahwin terutama isteri masak sedap, perut akan kedepan. Tetapi saya letakkan cabaran dan ujian itu untuk buktikan walaupun begitu, saya masih boleh buat lebih daripada itu,”tulisnya.Dalam masa sama, Syed Saddiq turut mendedahkan dirinya digelar SS iaitu Syed Sesat akibat sering sesat ketika menyertai mana-mana kejohanan atau latihan.“Saya takut saya ada sejarah sesat sampai orang gelar saya SS iaitu Syed Sesat. Tapi saya percaya kali ini paparan akan jelas. Saya banyak kali sesat. Haritu saya sesat kat Desaru. Selepas itu, training kat langkawi tiga kali training dan ketiga-tiga itu saya sesat. Orang yang saya sertai pun boleh sesat sampai orang ingat saya Badi,”ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved