Syed Saddiq Enggan Ulas Perancangan Kahwin Dengan Bella, Mahu Fokus Prosiding Mahkamah

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 3:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih untuk tidak mengulas mengenai perancangan perkahwinannya dengan tunang, Bella Astillah ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada Isnin.

Menurut Syed Saddiq, 34, dia mahu menghormati institusi kehakiman dan tidak mahu mencampuradukkan urusan peribadi dengan prosiding mahkamah yang sedang dihadapinya.

Advertisement

SS

“Saya minta maaf. Saya di sini untuk membicarakan soal perbicaraan di institusi kehakiman. Saya hormati keputusan mahkamah.”

Sebelum ini, Syed Saddiq pernah memaklumkan bahawa persoalan mengenai perkahwinannya boleh diajukan semula pada 30 Jun.

Bella Astillah Titip Doa Buat Syed Saddiq, Harap Keadilan Berpihak Kepadanya Menjelang Keputusan Rayuan

Bagaimanapun, keputusan rayuan yang dijadualkan diumumkan pada Selasa terpaksa ditangguhkan ke 13 Julai selepas salah seorang daripada tiga panel hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bercuti sakit selama dua hari.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan dijangka melangsungkan pernikahan sebelum hujung tahun ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Syed Saddiq Enggan Ulas Perancangan Kahwin Dengan Bella, Mahu Fokus Prosiding Mahkamah2026-06-30 12:02:36

"Keputusan Dah Ada Tapi Belum Sedia Diumumkan" - Peguam YB Syed Saddiq

The post Syed Saddiq Enggan Ulas Perancangan Kahwin Dengan Bella, Mahu Fokus Prosiding Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved