Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat lagi berseloroh dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menyebut nama tunangnya, Bella Astillah sewaktu pertemuan dalam lawatan kerja beliau di daerah berkenaan.
Syed Saddiq kena lagi
Dalam salah satu video yang dikongsi di platform Thread, Syed Saddiq dilihat tertawa selepas Anwar berseloroh menyatakan rakyat Muar menganggap Bella Astillah yang hadir ke sana.
Tersedak Bella di rumah
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata terhibur dengan usikan Anwar terhadap Ahli Parlimen Muar yang duduk disebelahnya.

PMX mesti dah tanya bila mereka nak kahwin

Ingat ada Bella datang

Nak makan kena usik
Dalam pasa itu, Syed Saddiq juga sempat membalas usikan tersebut di Insta Story miliknya dengan menyatakan secara gurauan apabila berada tidak tenang sewaktu hendak makan susulan nama tunang dipetik.
Beliau juga dilihat turut ‘menyeru’ Bella Astillah dengan berkongsi video yang dibuat naik ke platform teamsadiq itu.

Sumber: Thread teamsadiq, IG syedsaddiq





