Syed Saddiq kongsi tisu lap mulut dengan Bella Astillah, ‘team BASS’ cadang pindah planet lain

LocalEntertainment
7 Apr 2025 • 5:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
kongsi tisu lap mulut

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat kongsi tisu lap mulut dengan Bella Astillah apabila video momen tersebut berjaya dirakam peminat yang bertemu dengan mereka dalam satu acara.

BASS kongsi tisu lap mulut pula

Menerusi hantaran yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai Indah, dia ‘berjaya’ merakam momen sweet itu sewaktu pasangan dua sejoli berkenaan sedang menjamu selera di meja makan.

@cikindahn0024748

Benda boleh kongsi kita kongsi laaa ea... Halaa haaa halaaa mcm overdose laaa semuaaa... #syedsaddiq #bellaastillah #BASS #legitnotfufu

♬ original sound - Indah - Indah

Momen kongsi tisu lap mulut berjaya dirakam peminat

Momen spontan tersebut pada asalnya adalah tindakan Bella yang memberikan tisu yang sudah digunakan untuk membantu membuka penutup botol minuman milik ahli politik muda itu, namun dicapai Syed Saddiq dan terus mengesat mulutnya.

image is not available

Sweet sampai ke sini

Perkongsian itu telah membuatkan para peminat dan juga ‘team BASS’ tak keruan apabila masing-masing teruja melihat momen sweet pasangan terbabit.

Ada juga di antara mereka berseloroh mahu berpindah keluar daripada bumi kerana tidak sanggup melihat kebahagian mereka berdua.

image is not available

Ramai peminat tersengih tengok video

image is not available

Nak pindah la dari bumi!

image is not available

“Aku lipat bumi ni kang”

image is not available

Sebelum ini, Syed Saddiq ada menjawab tentang hubungannya dengan penyanyi, Bella Astillah apabila meminta orang ramai untuk mendoakan mereka berdua.

Ujar Syed, dia berharap supaya urusannya pada 17 April nanti dipermudah apabila proses mahkamah berkenaan kes rayuannya akan bersambung semula pada tarikh tersebut.

Sumber: TikTok indah cikindahnoo24748