Syifa Melvin bakal dapat ‘baby boy’, adik-beradik riuh salah teka jantina!

10 Jul 2023 • 1:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Syifa Melvin yang sedang berbadan dua mengadakan majlis doa selamat dan acara ‘gender reveal’ selepas usia kandungan memasuki tujuh bulan.

Menerusi acara tersebut, kakaknya Syatilla Melvin mendedahkan bahawa pelakon berusia 29 tahun itu bakal menimang cahaya mata lelaki melalui perkongsian sebuah video di aplikasi TikTok.

Bakal dapat ‘baby boy’

Video berkenaan memaparkan Syifa dan suaminya, Safawi Rasid memecahkan belon yang mengeluarkan belon kecil berwarna biru menggambarkan jantina bayi adalah lelaki.

Adik-beradik salah teka pula!

Bagaimanapun, orang ramai lebih tertarik dengan aksi spontan Syatilla yang melompat dan memeluk adiknya Syida Melvin sehingga kedua-duanya jatuh tersungkur di atas lantai disebabkan salah meneka jantina bayi.

Syatilla yang juga pelakon berkata, dia tidak menyedari dan tidak menyangka berlaku kejadian tersebut sehingga mengundang gelak ketawa dalam kalangan netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat gelagat adik-beradik berkenaan yang sentiasa ‘meriah’ apabila bertemu antara satu sama lain.

Adik-beradik memang layak masuk Maharaja Lawak

image is not available

Risau kalau terlompat kat ibu hamil

image is not available

Kalah pun seronok!

image is not available

Orang lain yang teruja

image is not available

Tak kering gusi tengok dorang ni

image is not available

Untuk rekod, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel mewah di Petaling Jaya, Selangor.

Sumber: TikTok @samtilla82, Instagram Syifa Melvin