“Syirik & dosa besar” – Mutawwif Tegur Elak Buat 2 Perkara Ini Ketika Ziarah Jabal Rahmah

Entertainment
20 Feb 2024 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabal Rahmah, satu lokasi popular yang diziarahi para jemaah kerana sering dikaitkan sebagai lokasi untuk berdoa supaya bertemu jodoh.

Menurut sejarah, bukit ini merupakan lokasi pertemuan di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bersatu pertama kali di bumi selepas dipisahkan beratus tahun di syurga.

Bagaimanapun, segelintir jemaah umrah dilihat melakukan perbuatan yang sedikit terpesong ketika menunaikan ibadah di sana.

Menerusi perkongsian Mutawwif Ashraf di TikTok, beliau menegur dan menasihati buat bakal jemaah umrah dan haji untuk menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan ini ketika menziarahi Jabal Rahmah.

“Kita boleh lihat dekat batu atas tu diletakkan 6 gambar rajah. Saya nak kongsikan point-point perkara penting iaitu perbuatan syirik yang boleh menyekutukan Allah SWT dan itu merupakan salah satu perbuatan dosa besar.

“Tak salah naik bukit untuk berdoa tetapi yang salah apabila berdoa menghadap batu atas tu sedangkan kiblat kita menghadap ke arah Kaabah.

“Datang ke Jabal Rahmah, batu-batu ini dah jadi macam whiteboard. Diletakkan nama kekasih. Yang belum berkahwin, letak nama teman lelaki & teman perempuan, seolah-olah minta kepada Allah agar mereka berdua bertemu jodoh.

“Yang suami isteri, letak nama pasangan kononnya ikatan jodoh berkekalan. Ya, tapi bukan cara dengan menulis dekat batu-batu ini,” tegurnya.

Beliau menegur janganlah melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah SWT kerana ia merupakan kezaliman yang besar.

Difahamkan, video terbabit dimuat naik pada November tahun lepas di TikTok kemudian tular kembali apabila dikongsikan di platform lain.

Seorang pengguna yang sedang menunaikan umrah di sana memaklumkan ramai yang masih berdoa menghadap batu di situ.

Sebelum ini, tular mengenai trend jemaah merakam aksi mencium Kaabah sewaktu menunaikan ibadah.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article