Aliff Syukri Kecewa Difitnah, Nafi Nombor Plat Kereta Cecah Ratusan Ribu - “Saya Baru Nak Jadi Baik, Tak Pasal-Pasal Orang Kata Riak”

19 Jul 2025 • 10:35 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila ada yang mendakwa nombor plat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire terbaharunya mencecah ratusan ribu ringgit.
 

Tak selesa dituduh riak


Menyangkal dakwaan tersebut, Aliff berkata dia enggan berkongsi mengenai harga nombor plat ‘ADH 1’ hadiah tersebut kerana enggan dituduh menunjuk-nunjuk.

“Saya tak tahu macam mana anda semua boleh tahu, tak pasal-pasal orang kata saya riak, masya-Allah.

“Kalau korang ingat kalau orang tanya dengan saya pasal nombor plate saya ni tahu tak saya kata apa?

“Saya punya nombor plate ni RM10,000 sahaja. Saya tak pernah cakap pun jumlah sampai begini (beratus ribu).


“Saya tak nak nanti orang kata saya nujum, riak takbur. Tak pernah saya cakap, tak baik tau,” ujarnya menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.


 

Tak sampai RM10,000


Dalam pada itu, Aliff juga menegaskan nombor plat itu dibeli dengan harga tidak sampai RM10,000.

“Siapa yang sebenar yang pandai pandai memfitnah saya ini? Tak pasal pasal viral. Sedih sangat saya.

“Saya baru sahaja nak jadi baik tau, tak nak ada perasaan riak, takbur ini, peninglah saya. Saya tak pernah cakap macam tu pun.


“Saya betul betul minta maaf, tak sampai RM10,000, tak baik tau,” tegasnya.


 


Terdahulu, Aliff mencuri tumpuan apabila ada pihak mendakwa nombor kereta berjenama mewah milik usahawan itu mencecah ratusan ribu ringgit.



Kereta tersebut merupakan hadiah daripada isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid itu