“Syok sendiri ke?” – Liana Beep Beep ‘Expose’ Mesej Dengan ‘YouTuber’, Pernah Ajak ‘Couple’?

Entertainment
2 Aug 2024 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial apabila seorang YouTuber terkenal meluahkan dia pernah cuba untuk mendekati seorang influencer TikTok iaitu Liana atau lebih dikenali sebagai Liana Beep Beep.

Dalam video podcast itu, YouTuber berkenaan berkata dia pernah menyimpan perasaan terhadap Liana dan seakan memberi bayangan Liana itu adalah jodohnya.

YouTuber tersebut juga berkata mereka sering keluar bersama dan kedua-dua mereka sangat serasi bersama.

Meskipun YouTuber itu tidak menyebut nama Liana dalam podcast tersebut, namun ciri-ciri yang dinyatakan olehnya sangat jelas menunjukkan ianya Liana.

Tidak lama kemudian, disebabkan terlalu banyak yang tag Liana dalam podcast tersebut, influencer tersebut tidak berdiam diri dan mengeluarkan segala bukti berkenaan YouTuber itu.

@liafa62

TLDR; boleh pergi 1:23 ya . amboi dia, boleh ke backup semua yg difitnah tu? Nanti kita jumpa kat mahsyar ya; solat la istikhara banyak2 sebelum tu . video ni bukan di sponsored by @GrabMY ya . #fyp #fyppppp

♬ original sound – Liana – Liana

Liana juga mengeluarkan tangkap layar mesejnya dengan YouTuber tersebut dan jelas menunjukkan Liana sudah pun menolak cintanya.

Influencer yang terkenal dengan tagline ‘beep beep’ itu juga mengeluarkan segala bukti berkenaan kenyataan YouTuber itu tentang ijazah serta kereta mewah yang dimiliknya.

Di akhir video itu, Liana sempat berseloroh agar ada wanita sudi berkahwin dengan YouTuber tersebut agar dia dapat move on daripada terus mengenang kisah lalu.

Aduhai, macam-macam hal…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.