
Kota Kinabalu: Hari Kemerdekaan Sabah perlu dimasukkan dalam buku sejarah supaya rakyat, khususnya bukan penduduk Sabah, mempunyai fakta yang tepat tentang kedudukan negeri dalam persekutuan Malaysia, saran seorang pemimpin politik muda Sabah.
Timbalan Ketua Exco Wiramuda StarSabah Prem Kitingan dalam kenyataan berkata ini juga perlu supaya negara dan Sabah dapat bergerak ke hadapan.
“Mengiktiraf Hari Kemerdekaan Sabah adalah satu langkah ke arah yang tepat bagi memulihkan bahagian sejarah yang hilang sebelum pembentukan Malaysia.
“Perjuangan presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dengan parti-parti politik besar seperti SAPP, NGO PIPA (Pertubuhan Peningkatan Pendidikan Rakyat Sabah) dan semua orang yang berjuang untuk Kerajaan Sabah mengiktiraf Hari Kemerdekaan Sabah akhirnya telah membetulkan sebarang kekeliruan. Satu usaha yang tidak ternilai dan kemenangan untuk semua rakyat di Sabah,” katanya.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Buat julung kali dalam tempoh 60 tahun, Sabah akan menyambut Hari Kemerdekaannya secara rasmi pada 31 Ogos. Negeri akan meraikan “Hari Sabah” sulungnya di Tambunan.
Sabah kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept 1963.
“Keazaman dan iltizam politik yang kuat oleh Dr Jeffrey dalam kerajaan konsisten dengan perjuangan selama lebih 30 tahun untuk melindungi dan mendapatkan semula hak Sabah.
“Ini akhirnya membuktikan keikhlasan beliau dalam perjuangannya malah selepas berada dalam kerajaan hanya dalam tempoh tiga tahun. Membolehkan perjuangan ini boleh dicapai.
Ini adalah peristiwa penting untuk StarSabah, Kerajaan Sabah dan bukti kepada rakyat bahawa StarSabah dalam GRS (Gabungan Rakyat Sabah) adalah untuk rakyat Sabah,” kata Prem.
Menyentuh tentang kepentingan Hari Sabah kepada rakyat Sabah, Prem berkata: “Sabah kini telah mengiktiraf identitinya sendiri, sebuah negara merdeka di dalam Malaysia bersama-sama Tanah Melayu dan Sarawak. Ini akan membantu memperkasakan rakyat Sabah untuk bersatu dalam solidariti bagi membina negara yang lebih kukuh bersama.
“Rakyat Sabah akan mempunyai lebih banyak iltizam politik, kesedaran yang tinggi tentang hak-haknya di Malaysia, di mana kita boleh menuntut lebih banyak hak dan kepentingan kita bagi menekankan bahawa Malaya, Sabah, dan Sarawak adalah rakan kongsi sama rata yang membentuk Malaysia.
“60 tahun adalah tempoh masa yang lama, dan Dr Jeffrey berjaya melakukannya dalam tempoh tiga tahun dalam kerajaan.”
Beliau mencadangkan Hari Kemerdekaan Sabah dimasukkan ke dalam buku sejarah supaya bukan sahaja rakyat Sabah menyedari perkara ini tetapi seluruh rakyat Malaysia.
“Dengan memperbetulkan sejarah, barulah negara dan Sabah boleh maju ke hadapan.
Beliau kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Sabah, Ketua Menteri, dan Timbalan Ketua Menteri kerana akhirnya mengiktiraf kepentingan Hari Kemerdekaan Sabah dan sejarahnya dan Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-60 kepada semua rakyat Sabah,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

