‘Syukur Alhamdullilah.’ Emma Maembong hamil anak kedua buat kejutan untuk suami, Shariq bakal jadi abang

Entertainment
16 Feb 2023 • 9:36 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON, Emma Maembong, 30, secara terbuka mengumumkan kehamilan anak keduanya.

Aktres berdarah kacukan Scottish-Melayu itu itu berkongsi video beliau memberikan kejutan kepada suami, Muhammad Shazli Azhar ketika kandungan berusia dua minggu.

“Syukur Alhamdullilah,” titip Emma di Instagram.

Menerusi video dikongsikan, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengajak suaminya untuk merakamkan review produk sambil menyelitkan alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) sebagai kejutan.

image is not available

Menerusi video tersebut, anak kepada pelukis Maaembong itu memberikan kejutan berita gembira berkenaan kepada adik-beradik dan rakan-rakan.

image is not available

Terdahulu, Emma pernah mendedahkan impiannya untuk memiliki ramai anak kepada sebuah portal hiburan tempatan.

image is not available

image is not available

Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel, 2.

Rakan selebriti dan warganet teruja dengan berita gembira yang dikongsikan menitipkan ucapan tahniah.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Tanda awal kehamilan

Hamil atau tidak? Terdapat bebarapa tanda awal kehamilan yang perlu wanita ketahui. Antaranya ialah:

  • Tidak didatangi haid
  • Loya dan muntah
  • Sentiasa lapar
  • Kerap buang air kecil
  • Letih dan lesu
  • Sakit dan tegang payudara
  • Perubahan emosi
  • Rasa hendak demam

Pemakanan wanita hamil

Wanita mengandung kena jaga makan ya, ambil makanan berkhasiat dan bernutrisi untuk menjamin perkembangan bayi yang baik. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan ibu, memenuhi keperluan nutrien dan memastikan pertambahan berat badan yang sesuai semasa hamil.

Sebaik-baiknya ambil lebih makanan yang kaya kalsium, kaya vitamin A, B, C dan asid folik. Jangan culas ambil makanan tambahan yang disarankan oleh doktor atau pakar pemakanan.

Elakkan makanan mentah seperti berikut:
-Makanan mentah seperti sushi
-Daging mentah atau separa mentah
-Makanan tercemar dengan merkuri
-Makanan beralkohol
-Makanan herba
-Makanan berkafein

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.