Syukur Dapat Mohon Rumah PPR, Zaiton Sameon Terima Kad OKU

15 Nov 2022 • 1:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penyanyi veteran terkenal, Zaiton Sameon baru-baru ini telah menerima Kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menaruh Harapan itu telah menerima kelayakan tersebut bagi kategori OKU Fizikal: Trauma Kecederaan Otak (Traumatic Brain Injuries).

Diberi Perhatian

image is not available

Zaiton berkata dia bersyukur kerana masalahnya yang tidak mempunyai tempat tinggal dapat dihadapi dengan adanya kad tersebut. Penyanyi itu akan menggunakan kelayakan itu untuk memohon bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Syukur kerana masalah saya mendapat perhatian. Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak dan ibu bapa serta tiada semuanya. Walaupun saya ada adik beradik, tapi saya tak nak ganggu mereka. Sekarang saya tinggal dengan anak angkat bernama Ikah (Che Sikah Ismail) sejak 11 tahun lalu. – Zaiton

Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki berkata penyanyi itu layak menerima kad tersebut disebabkan oleh bukti pengesahan doktor yang telah diterima kepada pihaknya.

Sekadar tambahan, Zaiton pernah terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan anak tunggalnya serta pemuzik pengiring pada tahun 1990. Hal ini menyebabkan dia mengalami gangguan emosi selama 11 tahun.

Kredit: Xtra

+  Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved