
Baru-baru ini, penyanyi popular berasal dari Indonesia iaitu Afgan ada memuat naik hantaran di media sosial memaparkan dirinya sedang menunaikan haji.
Afgan tunai Haji tapi ramai terkejut?
Hantaran yang dimuat naik itu meraih perhatian ramai, di mana peminat serta kenalannya mengucapkan ucapan Hari Raya Aidiladha buat Afgan serta mendoakan agar ibadah Haji diterima oleh Allah SWT.
Hantaran tersebut telah mengejutkan orang ramai susulan kebanyakannya menyangkakan penyanyi berkenaan bukan penganut agama Islam.
View this post on Instagram
Ada haiwan peliharaan anjing & didakwa minum alkohol
Sangkaan tersebut timbul selepas Afgan sering berkongsikan foto bersama haiwan peliharaannya iaitu anjing yang diberi nama Coco di media sosial.


Bukan saja sering bergambar bersama anjing peliharaannya, malah ada yang mendakwa Afgan pernah meminum air alkohol (soju) ketika dia hadir sebagai tetamu undangan di salah sebuah realiti show di Korea.
Namun begitu, sebelum ini Afgan pernah memaklumkan dirinya akan membasuh diri dengan tanah bersih selepas memegang Coco.
"Bertahun-Tahun Masih Belum Dapat Jawapan.." - Afgan Kucup Dahi Rossa Depan Orang Ramai, Peminat Nak Tahu Hubungan Sebenar
The post Syukur Dapat Tunaikan Haji, Peminat Tak Sangka Afgan Penganut Agama Islam – “Dia Ada Anjing Peliharaan & Pernah Minum..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




