
Sebelum ini, selebriti Thanuja Ananthan ada memuat naik hantaran menyatakan emosinya terganggu melihat haiwan disembelih sewaktu musim Hari Raya Aidiladha.
Akaun Instagram teruk ‘diserang’
Susulan memuat naik hantaran sedemikian, akaun media sosial teruk ‘diserang’ oleh warganet yang merasakan pelakon itu seakan-akan mahu menunding jari kepada umat Islam.
Barangkali sedar kecaman yang diterima sangat teruk, aktres terbabit telah pun menutup ruangan komen di platform media sosialnya kerana tidak mahu netizen ‘berkampung’ disitu.
View this post on Instagram
A post shared by Thanuja Professional Multilingual Host|TV Presenter (@thanujaananthan)
Tak faham kenapa perlu sembelih haiwan yang dibela
Sekadar info, Thanuja berkata dia tidak memahami maksud ibadah korban yang perlu menyembelih binatang selepas dibela dan dibesarkan secara sihat.

Hari ini saya rasa perlu jauhkan diri dari media sosial. Terlalu banyak video penyembelihan. Hati saya tak mampu tengok lagi.
Namun begitu, Thanuja tetap hormati perayaan umat Islam yang perlu mengorbankan lembu, kambing, kerbau serta unta setiap kali menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha.
“Sedih Lihat Haiwan Menangis, Macam Anak Sendiri” – Thanuja Ananthan Akui Tak Sanggup Tonton Video Korban
The post Teruk Dikecam Selepas Tak Sanggup Tengok Video Lembu Dikorban, Thanuja ‘Off’ Ruangan Komen? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


