“Syukur Jadi Rakyat Malaysia” – Harga Petrol RM1.99 vs Negara Lain Buat Ramai Terkejut

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2025 • 3:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang individu berpengalaman dalam industri minyak dan gas menarik perhatian ramai selepas membuat perbandingan harga petrol Malaysia dengan beberapa negara lain.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fazrul Azreen di Threads, dia menunjukkan bahawa harga petrol semasa di Malaysia kekal antara yang paling rendah di rantau ini, iaitu RM1.99 seliter.

image is not available

Sebagai perbandingan, harga petrol di negara jiran jauh lebih tinggi: Indonesia (RM3.22), Filipina (RM4.22), Thailand (RM5.68), Singapura (RM9.02), Jepun (RM7.20), Australia (RM6.50) dan United Kingdom (RM8.10).

Perkongsian itu sekali gus menonjolkan kelebihan rakyat Malaysia menikmati subsidi bahan api yang meringankan kos sara hidup berbanding negara lain. Tulisnya ringkas,

Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut mengumumkan harga petrol RON95 sebanyak RM1.99 seliter yang bakal dinikmati rakyat bermula 30 September ini adalah antara yang terendah di dunia dan rantau.

Dia menegaskan kadar tersebut ditetapkan sebagai harga subsidi kekal, dan tidak akan diturunkan lagi walaupun harga minyak mentah dunia menyusut. Langkah ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan B40 dan M40 yang bergantung kepada bahan api dalam kehidupan seharian.

image is not available 2025-09-23 13:39:25

RON95 RM1.99 Seliter – Had Isi Minyak Hanya Sekali Sehari