
TAWAU: Bekas Ketua Staf Perisikan Esscom Datuk Mat Zaki Md Zain memanjatkan syukur kepada Allah selepas namanya dibersihkan daripada segala fitnah yang dibuat terhadapnya di media sosial.
Dia berkata demikian kepada media selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh pada Khamis.
Mat Zaki ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tawau berkata dia bersyukur dengan keputusan hakim selepas setahun berada dalam tahanan sejak 25 Januari 2023, digari dan dirantai, malah dijemur dalam panas bersama banduan lain.
“Terima kasih kepada semua keluarga dan peguam yang mewakili kami,” katanya.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Isterinya, Datin Kasmimi Hasan, 55, menyifatkan pembebasan suaminya bersama yang lain sebagai hari keadilan ditegakkan.
“Syukur Alhamdullilah, terima kasih kepada semua peguam, timbalan pendakwa raya, hakim dan semua media... Saya tidak tahu nak cakap bagaimana kehidupan kami dalam tempoh setahun ini,” katanya.
Seorang lagi tertuduh, Dennis Ak Enit menyatakan keputusan itu sebagai pembebasan bermaruah selepas setahun dalam tahanan.
Isterinya, Christy Pepito, 42, berkata kehidupannya bersama tiga anak amat sukar tanpa suami yang berdepan pertuduhan tidak dilakukannya.
“Sokongan keluarga dan rakan-rakanlah yang membuat saya kuat... Saya tahu suami saya tidak bersalah,” katanya yang hadir ke mahkamah bersama dua anak kecil setiap kali perbicaraan kes berlangsung.
Rosdi Rastam yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu mengucapkan terima kasih atas sokongan semua sejak kes tersebut berlaku.
Di perkarangan Mahkamah Tawau, Zaki mengetuai bacaan doa kesyukuran bersama tujuh lagi tertuduh dalam kes berprofil tinggi itu yang mendapat perhatian seluruh negara sejak penahanan mereka tahun lepas.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
