“Syukur saya, anak, isteri selamat” – Kereta Terbakar Ketika Dipandu, Roy Azman Cerita Pengalaman Ngeri

Entertainment
4 Dec 2023 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, satu kemalangan yang mengerikan berlaku kepada pelakon popular serta penyampai radio tempatan Zairosminan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Roy Azman.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Roy Azman berkongsi dia baru sahaja pulang dari makan malam bersama kawan-kawan di Puncak Alam bersama isteri serta anak bongsu mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Roy Azman (@thisisroyazman)

“Tiba-tiba ada kereta hon-hon bagitau kereta saya terbakar, tapi kita tak nampak sebab tengah memandu dan api tu di belakang.

Bila nampak ada api dan nak berhenti tepi, brake pula seperti tidak berfungsi, tetapi nasib baik handbrake masih boleh digunakan,” katanya.

Personaliti rancangan Travel Lawak: Projek Bapak-bapak itu berkongsi dia bersyukur sempat memberhentikan kereta dan menyelamatkan diri serta isteri dan anak sebelum api bertambah marak sehingga menyebabkan kereta rentung.

Dia turut berkongsi ketika kejadian itu berlaku, nasib menyebelahinya kerana tiada sebarang pelanggaran berlaku yang boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk.

Difahamkan, kereta berkenaan baru sahaja melalui proses overhaul di sebuah bengkel yang terletak di Ampang sebelum kejadian ngeri itu berlaku.

Mujur semuanya selamat!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.