Syura Badron mohon doa, suami melecur teruk akibat letupan gas memasak

LocalEntertainment
25 Nov 2024 • 7:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Syura Badron mohon doa orang ramai akan kesejahteraan suaminya, Muhammad Farizat yang sedang menerima rawatan di hospital akibat melecur teruk.

Menerusi hantaran di Instagram, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memaklumkan suaminya melecur di bahagian muka, kaki dan tangan gara-gara letupan tong gas.

Jelas penyanyi berusia 38 tahun itu, kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat lalu.

“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan bahawa suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak.
“Kejadian berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada Jumaat malam yang lepas,”katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

image is not available

Syura Badron mohon doa

Dalam hantaran yang sama, pelantun lagu ‘Nazam Berkasih’ ini memohon orang ramai untuk mendoakan agar suaminya dikurniakan kesembuhan.

“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini, Allah maha baik,” katanya lagi.

image is not available

Dalam masa sama, pelantun lagu Ego itu menyifatkan suaminya sebagai lelaki hebat yang pernah dikenalinya kerana masih mampu tersenyum walaupun sedang menahan kesakitan.

“Buat suami saya, awak lelaki yang sangat hebat pernah saya jumpa.
“Dalam menahan sakit awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.
“Terima kasih sebab bertahan dan semoga Allah angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya, semoga jadi asbab pahala yang besar untuk awak,” ujarnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berharap agar Syura tabah dengan ujian ini dan mendoakan agar suaminya diberikan kesembuhan.

image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Syura dan Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia satu tahun.

Sebelum ini, Syura juga pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.

image is not available

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.

Sumber: Instagram syurabadron