“Syurga saya..”- Anna Jobling & ibu berpelukan, hubungan kembali jernih

EntertainmentLifestyle
13 Dec 2025 • 2:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Anna Jobling mencuri perhatian ramai apabila detik penuh emosi terpancar di karpet merah Anugerah Bintang Popular Ke-37 (ABP37) malam tadi, selepas dia dilihat berpelukan erat dengan ibunya, Ariz Arop, susulan beberapa bulan berdepan kemelut keluarga.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, mengakui hatinya cukup tersentuh dengan kehadiran wanita yang membesarkannya itu pada acara berprestij berkenaan.

“Doakan yang terbaik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk saya dan keluarga.
“Apa-apa pun dia tetap ibu saya. Syurga saya tetap di bawah telapak kaki ibu saya,” katanya semalam.

image is not available

Tambah bintang filem Sukma itu, salah faham yang melanda keluarganya sebelum ini hanyalah satu ujian kecil dalam kehidupan, selain menegaskan doa ibu sentiasa menjadi kekuatan utama buat dirinya.

“Walau apa pun terjadi sebelum ini, doa ibu tetap paling penting dalam hidup saya.
“Dia hadir menyokong saya malam ini. Kalau tiada dia, saya rasa kosong. Doakan yang terbaik buat kami,” ujarnya.

image is not available

Anna Jobling & ibu berpelukan

Pelukan spontan mereka di karpet merah, disusuli detik manis merakam foto bersama sambil memegang trofi, nyata mencuri perhatian tetamu dan peminat yang hadir.

Selepas hampir tiga bulan hubungan keruh, momen berkenaan seolah-olah memberi isyarat jelas bahawa hubungan ibu dan anak itu kembali jernih.

image is not available

Artikel lain: “Terima kasih juga buat mama kerana melahirkan, membesarkan adik” – Anna Jobling 

Pada malam kemuncak ABPBH37, Anna turut meraih kemenangan dalam kategori Gandingan Serasi Drama Popular bersama Shukri Yahaya, sekali gus menambah nilai sentimental pada detik bersejarah tersebut.

image is not available

Sebelum ini, kemelut hubungan mereka menjadi bualan hangat selepas tular video Ariz mendakwa dirinya diperlakukan seperti ‘anjing kurap’ dan dihalau oleh peguam keluarga itu.

Tidak lama kemudian, Ariz turut memuat naik foto berada di sebuah balai polis sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan Anna memohon perintah injunksi terhadapnya.

View Original Article