Syurga Seafood Murah, Nikmati Makanan Laut Segar Di Suria Kitchen Telaga Air

18 Jun 2023 • 2:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terdapat promosi menarik di sini pada hari Isnin hingga Jumaat.

Syurga Seafood Murah, Nikmati Makanan Laut Segar Di Suria Kitchen Telaga Air. Destinasi yang terkenal dengan aneka jenis makanan laut yang menarik, Telaga Air ini menjadi tempat di mana ramai pengunjung datang untuk menikmati hidangan lazat tersebut.

Menawarkan pelbagai makanan laut yang segar dengan harga yang memang murah, anda perlu singgah di Suria Kitchen di sini.

image is not available
Syurga Seafood Murah, Nikmati Makanan Laut Segar Di Suria Kitchen Telaga Air. Kredit gambar: FB Sya Rahit

image is not available
Kredit gambar: FB Sya Rahit

image is not available
Kredit gambar: FB Sya Rahit

Ada ketam, udang, sotong, ikan dan banyak lagi

Pelbagai jenis makanan laut enak menanti anda seperti pelbagai jenis lauk ikan, udang, sotong, ketam, ambal, kerang dan menu seperti ayam serta sayur sayuran juga ada di sini.

Baru-baru ini, Suria Kitchen ada menawarkan promosi istimewa di mana mereka menawarkan nasi campur dengan hidangan makanan laut segar dengan harga RM 10.50 sepinggan!

image is not available
Kredit gambar: FB Sya Rahit

image is not available
Kredit gambar: FB Sya Rahit

image is not available
Kredit gambar: FB Sya Rahit

Promosi hebat RM 10.50 pada hari Isnin hingga Jumaat

Anda boleh ambil apa-apa sahaja lauk kegemaran anda dalam satu pinggan dan hanya dicaj RM 10.50 sahaja. Promossi ini khas untuk hari Isnin hingga Jumaat sahaja, pada cuti umum serta hari Sabtu dan Ahad, harga makanan adalah seperti biasa.

Tunggu apa lagi, bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk menikmati pelbagai jenis makanan laut segar di sini!

Lokasi: Suria Kitchen No19, Telaga Air, Kuching.

Lagi tempat makan menarik di Telaga Air di sini: