Sze Fei-Nur Izzuddin akur disingkir juara Siri Jelajah Dunia

18 Jan 2024 • 7:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin terpaksa akur tewas kepada pasangan China dalam aksi pusingan kedua Terbuka India di New Delhi pada Khamis. - Foto: Agensi.

IMPIAN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk melangkah lebih jauh pada Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 di New Delhi tidak kesampaian.

Pasangan yang menghuni ranking ke-26 dunia itu terpaksa akur tewas kepada juara Siri Jelajah Dunia Akhir 2022 Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China dalam saingan pusingan kedua pada Khamis.

Bagaimanapun kemenangan pasangan kelapan dunia itu bukan diraih dengan mudah apabila diberi tentangan sengit Sze Fei- Nur Izzuddin dalam aksi yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav.

Yu Chen-Xuan Yi bermula dengan baik apabila unggul pada set pertama 21-19, namun pasangan negara bangkit untuk menang 21-17, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Nyata pengalaman memihak pasangan China itu apabila mengesahkan kemenangan 21-17.

Sebagai rekod ia merupakan pertemuan keempat melibatkan kedua-dua pasangan di platform antarabangsa yang menyaksikan keputusan seimbang dengan masing-masing meraih dua kemenangan.