Mesti ramai kan yang seronok lihat T.O.P aktif mengemas kini Instagramnya?
Pada minggu lalu, T.O.P telah memuat naik foto memakai topi dengan nama Thanos tertulis di atasnya, iaitu nama wataknya dalam “Squid Game 2”.
Namun, perkara lain yang menarik perhatian adalah apabila lelaki itu dilihat memegang rokok elektronik di tangannya, yang hanya sipi-sipi kelihatan.

Mungkin tak perasan pada awalnya, T.O.P akhirnya telah memadam gambar itu di Instagram peribadinya selepas membaca komen orang ramai.
Antara komen netizen,
- Selamba je dia.
- Tak perasan la tu tangan tengah pegang vape.
- Saya pun tak perasan vape tu sebab fokus tengok muka handsome dia je.
Amboi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post T.O.P Bekas Ahli BIGBANG Selamba Muat Naik Foto Pegang ‘Vape’ Di Instagram first appeared on KimchiDaily.my.
