"T20 Buat Hal" - Selamba Parkir Porsche Dekat Pam Stesen Minyak, Owner Keluar Pi Order McD!

Cars
20 Oct 2022 • 1:50 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Stesen minyak merupakan kawasan awam yang sepatutnya digunakan oleh orang ramai secara toleransi.

Penggunaanya secara sesuka hati demi kepentingan diri sendiri semestinya akan menyusahkan orang lain.

Demikian seperti yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang lelaki dilihat meletakkan kereta berjenama mewah, Porsche miliknya di sebuah stesen minyak.

image is not available

Bukan itu sahaja, golongan T20 itu juga dilihat mengunci kereta tersebut dan terus menuju ke restoran makanan segera, McDonald's yang berdekatan bagi memesan makanan.

Tindakan bersahaja tanpa memikirkan orang lain itu berkemungkinan besar akan menyebabkan kenderaan lain yang memerlukan untuk mengisi minyak terpaksa beratur panjang.

image is not available

image is not available

Tidak pasti masa dan lokasi sebenar kejadian, namun beberapa gambar memaparkan aksi lelaki tersebut tular di media sosial, sekali gus mengundang kecaman netizen.