Seorang maut, dua cedera kemalangan di LPT

14 Jul 2019 • 9:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TEMERLOH - Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 102.7 Lebuhraya Pantai Timur(LPT) hala Kuantan malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.43 malam itu, empat kenderaan terlibat membabitkan kereta jenis Perodua Viva, Kia, Honda City dan lori.

image is not available
Maut

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri,Anuar Hassan memberitahu, seorang lelaki dari kereta Perodua Viva meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Dua lagi mangsa cedera manakala enam mangsa lain selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab terdiri tujuh orang anggota bertindak menstabilkan mangsa dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dengan jentera EMRS dan bantuan ambulan. Mangsa meninggal dunia diserahkan kepada polis," katanya dalam satu kenyataan.