Koronavirus mula menular di UK

31 Jan 2020 • 7:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LONDON - Dua kes novel koronavirus disahkan di United Kingdom (UK), kes yang pertama kali dilaporkan di negara itu, kata pihak berkuasa kesihatan hari ini.

"Kita mengesahkan dua pesakit di England adalah daripada keluarga yang sama, telah diuji positif dijangkiti koronavirus," lapor agensi berita Anadolu menurut Ketua Pegawai Perubatan untuk England, Chris Whitty.

Beliau berkata, UK telah bersedia dengan langkah-langkah mengawal jangkitan penyakit.

"Kami akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan komuniti antarabangsa untuk memastikan kami bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan," kata Whitty.

Menurut pegawai itu lagi, Britain pada Jumaat membawa pulang kira-kira 150 warga Britain dan EU yang berada China dan mereka akan dikuarantin selama dua minggu.

Koronavirus telah mengorbankan sekurang-kurangnya 213 orang di China, dengan hampir 10,000 dijangkiti manakala lebih 80,000 lagi berada di bawah pemantauan. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved