Enam maut minum arak tiruan

29 May 2019 • 8:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LUCKNOW - Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala yang lain jatuh sakit selepas minum arak tiruan di utara India.

Insiden itu berlaku di kawasan Ramnagar dalam daerah Barabanki, kira-kira 58 kilometer di timur Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

“Setakat ini kami menerima maklumat mengenai kematian enam orang akibat pengambilan arak tiruan dan ramai lagi yang dimasukkan ke hospital,” kata seorang pegawai kanan polis yang ditempatkan di balai polis Ramnagar.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan mangsa yang maut adalah 12 orang.

Sementara itu, Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pembuatan dan penjualan arak tiruan.

Beliau turut mengarahkan setiausaha utama untuk segera menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan tegas.

Laporan menyebut penduduk tempatan membeli arak itu dari sebuah kedai eksais dan meminumnya sebelum mereka mengadu mual serta pening kepala. – Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved