#Amanz24 – Nubia Red Magic 3 Menggunakan Snapdragon 855, 12GB RAM, Skrin 90Hz

29 Apr 2019 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nubia kini telah hadir dengan telefon pintar memfokuskan permua terbaru mereka, iaitu Red Magic 3. Hadir dengan spesifikasi tinggi, ia juga menyertakan kipas terbina, selain sokongan skrin pada kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, Honor turut telah memperkenalkan Honor 8S untuk pasaran global, hadir dengan spesifikasi pertengahan.

Di Malaysia, satu lagi tablet terbaru telah memasuki pasaran Malaysia, iaitu Galaxy Tab A (2019) yang mana turut menyertakan sokongan S-Pen, dan ditawarkan pada harga RM1099.

Dan akhir sekali, kini Telegram telah hadir dengan Telegram X yang menyertakan sejumlah perkara baru, termasuk penawaran notifikasi serba baru.