Taara Beam Memperlihatkan Penghantaran Data Jarak Jauh Menggunakan Teknologi Cahaya

TechnologyDigital
25 Feb 2026 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi penghantaran data jarak jauh merupakan sesuatu yang sering memperlihatkan pembaharuan dari era ke era. Dawai tembaga kini digantikan dengan gentian optik yang diperbuat daripada kaca, dan kini, sebuah syarikat teknologi baru, Taara baru sahaja membuktikan bahawa data boleh dihantar secara pantas tanpa memerlukan medium gentian kaca.

Syarikat pemula teknologi Taara dari Amerika Syarikat baru sahaja memperlihatkan produk baru mereka yang dinamakan Beam, yang merupakan sebuah produk pemancar cahaya yang boleh memancarkan cahaya sejauh 25KM dan melalui cahaya tersebut, menghantar data pada kadar 25Gbps.

image is not available

Mereka boleh melakukannya menggunakan komponen pemancar Taara Photonics Platform yang baru dilancarkan baru-baru ini, yang hadir dengan saiz telunjuk jari sahaja. Ia dimuatkan didalam perkakasan Beam yang hadir dengan saiz sebuah kotak kasut, dan secara ringkasnya, cahaya yang dipancarkan ini juga boleh memancarkan data pada jarak jauh dan kelajuan penghantaran data yang dinyatakan.

Teknologi ini merupakan penaiktarafan kepada teknologi Lightbridge yang sudahpun digunakan di lebih 20 negara di seluruh dunia, dan syarikat-syarikat telekomunikasi seperti T-Mobile, Vodafone, Airtel dan lain-lain. Lightbridge hadir dengan jarak dan kadar penghantaran data yang lebih singkat berbanding dengan Beam.

Kelebihan penggunaan teknologi penghantaran data menggunakan cahaya dapat diperlihatkan melalui logistik pembangunan, dimana syarikat-syarikat tidak lagi perlu menanam kabel gentian optik untuk menyambungkan infrastruktur bangunan ke rangkaian internet.

Kekurangan ketara yang dapat diperlihatkan pula adalah teknologi ini, seperti banyak perkhidmatan yang bergantung kepada teknologi optikal, ia dihadkan oleh isu-isu cuaca dan juga garis penglihatan yang boleh menjejaskan kadar kelajuan penghantaran data tersebut.

image is not available

Akan tetapi, Taara turut mengatakan bahawa teknologi ini boleh digunakan sebagai sebuah lingkaran nod dimana sekiranya sambungan terus tidak dapat dilakukan, ia boleh menggunakan pemancar lain untuk menyambungkan pemancar tersebut ke rangkaian tanpa degradasi kepada kadar penghantaran data.