Tabik! 12 Pelajar Masih Gagah Ke Sekolah Walau Terjejas Akibat Insiden Di Putra Heights

LocalFamily & Parenting
7 Apr 2025 • 10:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pelajar Putra Heights

Dalam kejadian menyayat hati melibatkan kebakaran paip gas di Putra Heights baru-baru ini, seramai 60 pelajar yang terjejas telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). 

Menurut laporan Kosmo, hanya 12 pelajar sesi pagi tetap hadir ke sekolah hari ini dengan semangat yang luar biasa!

Trauma belum pulih, tapi semangat belajar tetap ada!

image is not available

Menurut Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Nur Mohd Razali Abdullah, baki pelajar yang tidak hadir dipercayai masih trauma selepas kejadian.

Baki yang tidak hadir mungkin masih lagi trauma selepas kejadian kebakaran yang menimpa mereka dan keluarga.

Pelbagai pihak berganding bahu bantu pelajar terjejas insiden Putra Heights

image is not available

Bagi memastikan pendidikan pelajar tidak terjejas, YIDE bersama beberapa pihak seperti PPD Petaling Perdana, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Prasarana telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan.

YIDE turut menyalurkan kelengkapan persekolahan, manakala Prasarana menyediakan lima van Rapid KL On-Demand bagi kemudahan 76 pelajar yang melibatkan 42 pelajar sekolah rendah dan 34 pelajar sekolah menengah dari 19 buah sekolah.

Perkhidmatan van ini akan menguruskan penghantaran dan pengambilan pelajar dalam radius 7 kilometer dari PPS ke sekolah masing-masing.

#ApaKataOhmedia

Biarpun diuji dengan musibah, semangat untuk menuntut ilmu jangan pernah padam. Kami doakan semua pelajar dan keluarga terjejas terus tabah dan bangkit semula. Jangan malu untuk dapatkan bantuan jika perlukan sokongan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.