Tablet Huawei MatePad Edge Dilancarkan Secara Rasmi Di China

TechnologyDigital
26 Nov 2025 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei memperkenalkan MatePad Edge di China sebagai jawapan kepada peranti Surface daripada Microsoft melalui reka bentuk yang dikatakan mampu menggantikan komputer riba sambil menawarkan kelebihan mudah alih.

image is not available

MatePad Edge dilengkapi paparan OLED 14.2 inci dengan kadar segar semula 120Hz, nisbah aspek 3:2 serta kecerahan maksimum 1,000 nits. Rangka aluminium yang hanya setebal 6.85mm menjadikannya ringa, manakala engsel boleh laras sehingga 175 darjah pula membolehkan sudut paparan ditetapkan mengikut keselesaan pengguna.

image is not available

MatePad Edge hadir dengan cip Kirin X90 atau Kirin X90A yang dipadankan dengan memori 16/32GB RAM serta storan dalaman hingga 2TB. Selain itu, pilihan sistem penyejukan cecair dengan dwi ruang wap turut ditawarkan, manakala sistem operasi HarmonyOS 5pula menyediakan sokongan penuh untuk aplikasi desktop.

image is not available

Tablet ini dilengkapi bateri 12,900mAh dengan sokongan pengecasan pantas 140W manakala kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP dan hadapan 32MP turut diberikan. Selain itu, sokongan M‑Pencil Pro bersama enam pembesar suara, empat mikrofon serta papan kekunci nirwayar melengkapkan pakej ini.

image is not available

MatePad Edge hadir dalam warna Space Gray dan Bright Moon Silver dengan harga bermula CNY 5,999 (~RM3,499) untuk versi asas manakala model tertinggi mencecah CNY 12,999 (~RM7,582). Setakat ini, ia hanya dilancarkan di China tanpa pengumuman global.