Tablet Premium Android Kini Memaparkan Chrome Dalam Mod Desktop

TechnologyDigital
12 Dec 2023 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semahal mana, mewah mana dan apa jua spesifikasi yang dimuatkan dalam sebuah tablet Android – ia masih tidak akan dapat menandingi pengalaman penggunaan iPad. Ini adalah kerana sokongan aplikasi Android untuk peranti skrin besar yang tidak begitu mesra pengguna. Walaupun Android 13 dan Android 14 menyelesaikan masalah ini, pengeluar peranti ada misi dan visi masing-masing yang kadangkala tidak akan menyertakan ciri yang Google telah tawarkan.

image is not available
Sumber Google – Chrome mod mudah alih vs mod dekstop

Terbaru, tablet premium Android akhirnya ada potensi untuk menjadi pesaing sengit kepada iPad. Ini kerana pelayar web Chrome akan dibuka dalam mod desktop secara lalai. Ini adalah perkara sama yang Apple lakukan pada pelayar web Safari mereka di iPad. Ciri ini terhad untuk tablet Android dengan 8GB RAM dan skrin bersaiz 10-inci ke atas sahaja. Spesifikasi lain harus menggunakan mod desktop secara manual.

Menurut Google, dengan ekosistem tablet Android menjadi semakin berkuasa dan menggunakan skrin besar – penawaran mod desktop ini akan memberi pengalaman penggunaan yang lebih baik. Kini haya tinggal sokongan aplikasi untuk lebih mesra dan sokongan multi-tugasan yang sama lancar dengan iPadOS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved