YouTube Melambatkan Video Dimainkan Jika Penghalang Iklan Dipasang

TechnologyDigital
22 Nov 2023 • 9:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam muncul laporan pengguna menyedari video di YouTube lambat dimainkan sekiranya menggunakan pelayar web Firefox. Kod dikesan menunjukkan pengguna perlu menanti sehingga lima saat sekiranya menggunakan Firefox tetapi tidak pada Chrome. Tetapi menerusi jawapan yang diberikan kepada Android Authority, YouTube berkata mereka hanya melambatkan proses video dimainkan jika ia mengesan penghalang iklan (adBlock) dipasang.

image is not available

Menurut mereka lagi ia tidak ada kena mengenai dengan pelayar tetapi sekadar langkah yang diambil untuk mengelakkan pengguna yang memasang penghalang iklan. Pengguna yang mengalami pengalaman menonton video kurang optimum di YouTube disarankan menyahpasang penghalang iklan atau melanggan kepada YouTube Premium.

Sebelum ini YouTube mengesahkan mereka akan mula menghalang kandungan mereka diakses pengguna yang menghalang iklan. Ia bermula dengan hanya membenarkan sehingga tiga video ditonton tanpa iklan sebelum dihalang beberapa bulan sebelum ini.