Tablet terpaling gaming 2024 RedMagic Nova di Malaysia, diskaun RM500

TechnologyGaming
22 Oct 2024 • 4:37 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tanda harga tablet gaming RedMagic Nova untuk pasaran Malaysia telahpun diumumkan. Berdasarkan laman rasmi, RedMagic Nova dijual pada harga RM3,199 untuk varian 12GB+256GB sementara varian paling tinggi iaitu 16GB+512GB ditawarkan pada harga RM3,499.

image is not available

Untuk tempoh terhad, rebat RM500 diberikan untuk pembelian antara 24 Oktober hingga 13 November 2024. Pembelian awal juga diberikan kipas penyejuk ekslusif.

RedMagic Nova dengan Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition

Perkara yang menarik tentang RedMagic Nova adalah ia diperkasa Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition, SoC yang di-overclock untuk perah semua keringat yang mampu diberikan cip tersebut. Tak terhad di situ, untuk mengawal selia haba yang terhasil, tablet ini juga dilengkapi kipas penyejuk untuk memastikan suhu operasi berada pada paras optimum.

image is not available

Kipas itu juga dilengkapi lampu RGB untuk berikan karakteristik gaming yang para gamers mahukan. Dengan semua ini, tidak salah rasanya untuk gelarkan RedMagic Nova sebagai tablet gaming terbaik tahun 2024.

SoC gaming khas untuk tablet gaming ini digandingkan dengan modul RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB masing-masing mengguna pakai teknologi LPDDR5X dan UFS 4.0.

RedMagic Nova dengan skrin 10.9" kadar segar semula 144Hz

Bila main game, anda melihat visual melalui skrin sebesar 10.9" dengan resolusi 2.8K berkesegaran semula 144Hz. Panel paparan ini mesra mata dan memenuhi piawaian SGS pada segi penghasilan cahaya biru yang rendah. Bunyi-bunyian terhasil daripada sistem kuadspeaker dengan teknologi DTS:X Ultra, namun tiada jek audio 3.5 disediakan untuk sambungan audio berwayar.

image is not available

Apabila perlu dicas, RedMagic Nova menerima kuasa daripada USB-C setinggi 80W untuk mengisi tangki sebesar 10,100mAh. Untuk mengambil gambar pula, ia ada satu kamera 50MP sebagai kamera utama dan satu kamera 20MP untuk kamera selfie.

Anda boleh layari laman rasmi RedMagic Nova untuk maklumat lanjut.