Tabung empat buah masjid di Tumpat dipecah dalam tiga hari

23 Jul 2026 • 3:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tabung empat buah masjid di Tumpat dipecah dalam tiga hari

TUMPAT – Polis sedang memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam kes memecah dan mencuri wang derma di dalam tabung di empat buah masjid di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian tersebut yang berlaku bermula Isnin lalu sehingga semalam.

Katanya, kes pecah tabung itu berlaku di Masjid Al Aziz Al Hadi di Mukim Kota Warisan, Masjid Nurul Hidayah Kampung Gerong dekat Palekbang, Masjid Kampung Kok Keli, Palekbang dan Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang di Chabang Empat.

“Kesemua laporan polis itu telah dibuat oleh ahli jawatankuasa keempat-empat masjid itu selepas mendapati tabung derma sudah tiada. Anggaran sebenar kerugian dalam kes itu masih belum dapat dipastikan lagi.

“Siasatan awal mendapati, suspek menggunakan modus operandi yang sama iaitu mengalihkan tabung masjid sebelum mengumpil tabung berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan. – KOSMO! ONLINE

The post Tabung empat buah masjid di Tumpat dipecah dalam tiga hari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved