Tabung Haji Sabah buat kali pertama serah Tabung Haji Khairat kepada waris

25 Mar 2024 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Tabung Haji (TH) Negeri Sabah buat pertama kalinya menyampaikan TH Khairat kepada seorang waris di Sandakan, pada Sabtu.

Ia disampaikan Ketua Kewangan TH Negeri Sabah, Siti Kuriah Osman kepada Fitriani Abdul Hamid, 24, di Taman Mesra Sandakan.

Siti Kuriah mewakili Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, Yusdi Nasip.

Hadir sama, Ketua Cawangan TH Sandakan, Nasir Mohd Misal, Pengerusi Masjid Saidina Ali Abi Thalib Taman Mesra, Liu Asan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar Taman Mesra, Baharuddin Ladoding dan Ketua Perniagaan Saluran Runcit, Takaful Malaysia, Arif Azhan Abdul Ghani.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Allahyarhamah Ibu Fitriani yang merupakan pendeposit TH telah meninggal dunia 4 Disember tahun lepas.

Jelas Siti Kuriah, TH Khairat dilancarkan pada 31 Julai 2023 kepada para pendeposit TH. Hanya dengan RM28 setahun, manfaat perlindungan berjumlah RM12,000 akan dibayar kepada waris sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Terdahulu, turut berlangsung Majlis Agihan Bubur Lambuk 1445H Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah di PPR Taman Mesra itu yang dihuni kira-kira 3,000 penduduk.

Siti Kuriah berkata, ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat TH bersama masyarakat dan memperkenalkan produk TH termasuk TH Khairat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.