
BEAUFORT: Tabung Lumadan Sejahtera (TLS) akan ditubuhkan bagi memenuhi keperluan mendesak masyarakat di kawasan itu, khususnya dalam aspek bantuan bencana dan pendidikan.
Adun Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, inisiatif itu dilaksanakan bersama Amanah Raya Malaysia sebagai pembimbing dan akan dilancarkan pada Oktober depan.
“Tujuan TLS ditubuhkan bagi membantu rakyat di kawasan ini yang dilanda bencana seperti kebakaran dan musibah, termasuk bantuan pendidikan, yang bermaksud Dana TLS akan digunakan khusus untuk tujuan itu.
“TLS akan bekerjasama dengan Amanah Raya Malaysia dan akan dilancarkan pada 10 Oktober depan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Mahkamah Anak Negeri Bersama Komuniti di Kampung Nubahan, di sini, pada Rabu.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (Sabah), Datuk Matbali Musah dan Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun.
Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, berkata dana TLS akan diperolehi daripada sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan orang perseorangan.
“Selain GLC, kita juga akan cuba dapatkan dana daripada Amanah Raya Malaysia dan pihak-pihak lainnya seperti syarikat swasta sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.
“Individu seperti usahawan-usahawan berjaya juga boleh menyumbang ke tabung ini kerana ia membantu dalam pengurangan bayaran cukai perniagaan mereka,” katanya.
Terdahulu, pelbagai acara diadakan sempena program itu seperti gotong-royong pemimpin akar umbi bersama penduduk, baik pulih laluan jambatan dan perlumbaan bot laju.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
