Taburan hujan tinggi, risiko banjir, PRU15 tidak sesuai tahun ini: Tuan Ibrahim

LocalPolitics
25 Sep 2022 • 4:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SUNGAI PETANI: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini disebabkan taburan hujan tinggi dan risiko bencana banjir yang dijangka berlaku pada pertengahan November ini.

Beliau berkata berdasarkan ramalan keadaan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negara akan menerima taburan hujan yang lebih pada pertengahan November ini berbanding bulan-bulan lain.

“Kalau buat PRU masa ini memang tidak sesuai...Kalau buat PRU, anggota polis kena jaga peti undi, mana hendak jaga keselamatan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir lagi. Tambahan pula, jumlah anggota polis tidak cukup untuk tampung semua ini,” katanya.

Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata selain situasi kini tidak mendesak untuk diadakan pilihan raya, PRU15 juga perlu dibuat dan dirancang dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan sebarang mudarat dan masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved