Tadika Terkenal Didakwa Aniaya Pekerja, Tak Bayar KWSP?

Entertainment
6 May 2024 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, kami membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Meskipun ia adalah satu caruman yang wajib, namun baru-baru ini tular di TikTok di mana terdapat satu rangkaian tadika terkemuka di Malaysia didakwa sudah bertahun tidak mencarum KWSP bagi pekerjanya termasuklah guru-guru tadika tersebut.

@farezadnanofficial

SIAPA YANG TERLIBAT? Siapa teraniaya juga? Komen dan DM saya please.

♬ original sound – Farez Adnan – Farez Adnan

Dakwaan yang tular di TikTok itu mengatakan, pihak tadika itu gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut meskipun gaji pekerja dipotong setiap bulan dengan alasan untuk caruman KWSP.

“Anak buah saya kerja situ, dia pun dah buat laporan polis. Cikgu-cikgu yang lain pun dah buat laporan polis, aduan ke pejabat buruh, tetapi belum ada apa-apa tindakan.

Sekarang ini dah bertahun (majikan) tak bayar KWSP. Kesian sebab itu adalah hak pekerja,” katanya.

Dalam pada itu, individu berkenaan juga mendakwa pemilik rangkaian tadika tersebut melaburkan sejumlah wang dalam ‘QM’ sehingga tidak dapat menampung perbelanjaan perniagaannya itu.

Selain itu, individu berkenaan turut menyeru agar pekerja tadika tersebut yang terkesan dengan perkara itu agar membuat laporan kepada Pejabat Buruh.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.