TAEKWONDO – The Legendary Championship: Misi pingat Sabah di Sungai Petani

13 Jul 2025 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Rahim Matnin

PAPAR: Seramai 30 orang atlet taekwondo yang akan mewakili Sabah telah diraikan baru-baru ini sempena penyertaan mereka ke Kejohanan The Legendary of Taekwondo Championship yang akan berlangsung di Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka SK Surati, Papar itu telah disempurnakan oleh Datuk Hj Pengiran Saifudin Pengiran Awang Tahir @ Datuk Ngian, Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), merangkap Timbalan Ketua Bahagian GRS Pantai Manis, baru-baru ini.

Kontingen Sabah diketuai oleh Osmaiza Osman selaku Ketua Kontingen Persekutuan Taekwondo Antarabangsa (ITF) Sabah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurutnya, penyertaan kali ini membabitkan majoriti atlet dari lima buah sekolah di daerah Papar, dan atas mandat yang diberikan oleh ITF Sabah, mereka mewakili negeri dalam kejohanan berprestij tersebut.

“Sepanjang empat bulan latihan intensif, para atlet menunjukkan tahap komitmen dan konsentrasi yang tinggi, serta kehadiran yang amat membanggakan. Kami berharap agar dapat membawa pulang sebanyak mungkin pingat,” katanya.

Saifudin turut menzahirkan keyakinan terhadap potensi para atlet, memandangkan rekod pencapaian mereka yang mengagumkan sebelum ini dan berharap agar mereka dapat terus mengharumkan nama negeri Sabah.