Taeyang BIGBANG “Comeback” Dengan Lagu VIBE, Bergabung Dengan Jimin BTS

Music
4 Jan 2023 • 7:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Taeyang BIGBANG Comeback Dengan VIBE, Bergabung Dengan Jimin BTS

Setelah sekian lama menanti, akhirnya salah seorang ahli kumpulan Big Bang, Taeyang akan membuat kemunculan semula dengan single terbarunya “Vibe” minggu depan.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh agensi pengurusan, Black Label, difahamkan single terbaru tersebut turut menampilkan Jimin dari BTS.

Single ini muncul selepas enam tahun selepas lagu solo terakhirnya yang diterbitkan dalam album ketiganya yang berjudul “White Night” bersama agensi lamanya, YG Entertainment.

Penyanyi yang bersuara rancak dan terkenal dengan lagu “Eyes, Nose, Lips,” “Ringa Linga,” dan “Wedding Dress,” baru-baru ini telah berpindah daripada YG Entertainment kepada Black Label yang diketuai oleh Teddy. Namun begitu, beliau kekal menjadi sebahagian daripada anggota kumpulan Big Bang walaupun berlainan agensi.

Para peminatnya dilapor teruja dengan gabungan beliau bersama ahli Jimin dan rata-rata tidak sabar untuk melihat kemunculan mereka berdua.

Pada 2013, Jimin yang melakukan debut bersama BTS ketika itu pernah mendedahkan bahawa dia amat mengagumi Taeyang dan berharap diberi peluang untuk melakukan persembahan bersama artis tersebut suatu hari nanti.

Sumber: The Korea Herald, @Realtaeyang via Twitter