Taeyang, Daesung, Kim Soohyun, Jung Haein & Ramai Lagi Dilapor Akan Sertai G-Dragon Dalam Program ‘GD & Friends’

WorldEntertainment
13 Dec 2024 • 8:55 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas comeback dengan lagu solo baru untuk peminat, G-Dragon katanya sedang dalam persiapan untuk kembali dengan program hiburan baru pula!

Bekerjasama dengan penerbit Kim Tae-ho, G-Dragon dilapor akan menemui penonton menerusi rancangan ‘GD & Friends’, dijangka bakal disiarkan pada tahun depan.

Meskipun format khusus untuk program ini masih belum didedahkan, ramai rata-rata dah teruja selepas melihat antara selebriti yang akan menyertai G-Dragon dalam rancangan tersebut.

Menurut laporan, Hwang Jung-min, Jung Hae-in, Jung Hyung-don, Jo Se-ho, Kim Soo-hyun, Im Si-wan, Taeyang, Daesung dan Kim Go-eun akan ikut serta sebagai ahli dalam ‘GD & Friends’. Namun setakat ini, tiada pengesahan lagi dari pihak produksi mahupun agensi mengenai penampilan mereka.

Tambahan, penggambaran telah dijadualkan untuk bermula pada lewat 2024 dengan kemungkinan akan ditayangkan pada 2025 menerusi saluran MBC.

Nantikan info lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.