Taeyang Nyanyi Lagu Antara Anyer Dan Jakarta, Sheila Majid Approve - “Awesome blossom”

8 Dec 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi sensasi Korea, Taeyang mengamitkan suasana Axiata Arena Bukit Jalil apabila mendendangkan sebuah lagu nyanyian Datuk Shiela Majid di Konsert Taeyang 2024 Tour In Kuala Lumpur.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram peminat pelantun lagu Eyes, Nose, Lips itu berkongsi Taeyang memilih untuk menyanyikan lagu Malaysia kegemarannya iaitu Antara Anyer dan Jakarta.

Nyanyian Taeyang disambut sorakan gemuruh peminat apabila dia turut menukar bait-bait lirik lagu tersebut kepada Antara Seoul & Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan nyanyian bersahaja Taeyang di hadapan peminatnya yang membanjiri Axiata Arena.

“Oh my god! My fave song.

“Antara Seoul Dan Malaysiaaaaa!! Arghhh I’m screaminggggg.

“Ini classy..!!!!!!!

“Wowwww!! Just wowww,” kata netizen

Pada masa sama, Datuk Shiela Majid turut meninggalkan komen ringkas pada hantaran tersebut.

“Awesome blossom! ??????,” komen  ringkas Shiela Majid. ​

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved