Tahanan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Mungkin Disambung Lagi

Entertainment
6 Jun 2024 • 10:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak polis akan memohon sambungan tahanan reman terhadap ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6,esok bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan membuat permohonan itu selepas tempoh reman tamat.

Semalam, media melaporkan bahawa peguam baharu untuk ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Fahmi Abd Moin telah memaklumkan beliau tidak dibenarkan bertemu dengan mereka yang kini dalam tahanan reman biarpun sudah memohon jasa baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada 1 Jun, lalu Hussein mengesahkan bahawa polis telah menahan kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, pada jam 10.05 pagi, 31 Mei, bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan anak pasangan itu.

image is not available

Untuk rekod, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Disember lalu sebelum mayatnya ditemui berhampiran kawasan saliran air yang terletak kira-kira 200 meter dari blok unit kediamannya di Apartment Idaman pada keesokan hari.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.