Tahanan rumah bukan tiket bebas – Pakar

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 6:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tahanan rumah bukan tiket bebas – Pakar

PETALING JAYA – Pelaksanaan tahanan rumah tidak bermakna seseorang itu terlepas daripada hukuman, sebaliknya hukuman masih perlu dijalani di kediaman dan bukan di penjara.

Pakar Kriminologi dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid berkata, pemantauan boleh melibatkan penggunaan gelang elektronik, pemeriksaan serta sekatan pergerakan bergantung kepada syarat yang ditetapkan.

Image from: Tahanan rumah bukan tiket bebas – Pakar
Haezreena Begum

“Tahanan rumah bukan bermaksud seseorang itu bebas daripada hukuman. Beliau masih menjalani hukuman, cuma di rumah dan bukannya di penjara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, individu terbabit juga tidak boleh keluar sesuka hati kerana sebarang pergerakan tertakluk kepada syarat dan kebenaran, termasuk bagi tujuan rawatan perubatan atau kecemasan.

“Begitu juga dengan lawatan dan media sosial. Tidak semestinya semuanya dilarang, tetapi mungkin ada sekatan terhadap pelawat, komunikasi dan penggunaan internet,” katanya.

Tambah beliau, perkara utama adalah mengetahui syarat sebenar tahanan rumah Najib sebelum membuat kesimpulan mengenai kebebasan dan sekatan yang dikenakan terhadap beliau.

Terdahulu, media melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak diperkenan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memberikan pengampunan bersyarat kepadanya hari ini.

Menerusi keputusan itu, beliau dibenarkan menjalani tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta. – KOSMO! ONLINE

The post Tahanan rumah bukan tiket bebas – Pakar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved