Tahap Persediaan Operasi Masyair Capai 90 Peratus, TH Tambah Baik Kemudahan Jemaah

LocalTravel
16 May 2026 • 12:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tahap Persediaan Operasi Masyair Capai 90 Peratus, TH Tambah Baik Kemudahan Jemaah

Persediaan operasi Masyair yang digerakkan oleh Tabung Haji (TH) kini hampir 90 peratus selesai menjelang hari kemuncak ibadah haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Operasi Masyair itu dijangka bermula dari 25 Mei hingga 29 Mei ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Mustakim Mohamad melihat sendiri persediaan operasi tersebut semalam.

Image from: Tahap Persediaan Operasi Masyair Capai 90 Peratus, TH Tambah Baik Kemudahan Jemaah

Reka bentuk khemah baharu

Menurutnya, banyak perubahan ataupun penambahbaikan yang telah dilaksanakan untuk tahun ini.

"Antaranya, di Arafah, reka bentuk khemah adalah baharu dan mempunyai penebat suhu atau penebat panas yang menyebabkan suhu di dalam khemah semakin kurang panas.

"Tahun ini juga, setiap khemah akan dilengkapi dengan unit penghawa dingin jenis split unit.

"Penghawa dingin itu diletakkan di atas khemah, menyebabkan suhu di laluan pejalan kaki tidak panas," katanya.

Image from: Tahap Persediaan Operasi Masyair Capai 90 Peratus, TH Tambah Baik Kemudahan Jemaah

Dalam pada itu, tandas juga telah disediakan lima kali ganda lebih banyak berbanding tahun lepas.

Mustakim berkata jumlah tandas di Mina ditingkatkan dari 100 kepada 600 pada tahun ini bagi mengurangkan kesesakan.

Lebih menarik, TH juga melaksanakan inisiatif Green Hajj iaitu kelestarian haji yang membolehkan jemaah mengitar semula ihram mereka.

Image from: Tahap Persediaan Operasi Masyair Capai 90 Peratus, TH Tambah Baik Kemudahan Jemaah

Menyedari kepentingan telefon, jemaah juga akan disediakan tempat untuk mengecas telefon masing-masing.

"Mereka akan ada soket untuk mengecas telefon di atas sofa bed masing-masing.

"Diharapkan ini akan memudahkan jemaah dan mereka tidak perlu berebut untuk mengecas telefon masing-masing di Mina," ujar Mustakim.

Baca juga:

Jemaah tak perlu bawa beg besar

Sementara itu, beliau juga memberi pesanan kepada semua jemaah agar tidak membawa beg yang terlalu besar ketika pergi ke Arafah dan Mina.

Hal ini kerana semua barang kelengkapan telah disediakan oleh pihak TH termasuk tuala dan makanan.

"Bawa seadanya sahaja. Beg biar kecil supaya tidak mengambil ruang yang besar di kawasan jemaah," katanya.

Image from: Tahap Persediaan Operasi Masyair Capai 90 Peratus, TH Tambah Baik Kemudahan Jemaah

Beliau berharap usaha-usaha TH ini memberi keselesaan kepada jemaah dan turut melancarkan operasi haji ketika di Masyair.

Ujarnya, jemaah juga diharap boleh fokus sepenuhnya kepada ibadah.

"Kenapa kita buat semua benda ini? Supaya jemaah boleh fokus kepada ibadah. Kita sediakan semua kemudahan supaya mereka boleh mencapai haji mabrur, InsyaAllah. Itu impian Tabung Haji," katanya.

Ketika operasi Masyair, hampir dua juta jemaah haji daripada seluruh negara akan berada dalam lokasi yang sama untuk menunaikan haji.

View Original Article