Tahap Sijil Kemahiran Malaysia menjadi rujukan penting bagi individu yang ingin mengikuti laluan pendidikan dan latihan kemahiran di Malaysia.
Berikut ialah senarai Tahap Sijil Kemahiran Malaysia dari Tahap 1 hingga Tahap 5 untuk rujukan anda.
Baca lagi: Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Melalui PPT
Apa itu Tahap Sijil Kemahiran Malaysia?
Umumnya, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu dokumen yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.
Sijil ini telah menjadi persijilan rasmi nasional yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia dan diterima di dalam dan luar negara.
Berkenaan tahap Sijil Kemahiran Malaysia pula merupakan satu garis panduan untuk mengukur sejauh mana penguasaan dan perkembangan kompetensi, tanggungjawab dan profesionalisme seseorang dalam bidang kemahiran.
Tahap Sijil Kemahiran Malaysia
Tahap Sijil Kemahiran Malaysia mempunyai 5 tahap kesemuanya iaitu:
Tahap 1 — Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan pelbagai tugas kerja rutin dan boleh dijangka.
Tahap 2 — Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan pelbagai tugas dalam pelbagai situasi serta mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri.
Tahap 3 — Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan tugas kompleks, mempunyai autonomi tinggi serta membimbing orang lain.
Tahap 4 — Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Terampil dalam kerja teknikal dan profesional dengan tanggungjawab tinggi terhadap kerja dan sumber.
Tahap 5 — Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Terampil mengendalikan tugas kompleks, analisis, perancangan dan penilaian dengan tanggungjawab yang sangat tinggi.

Syarat Kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
Kursus/Program Yang Ditawarkan
Semakan dan carian kursus atau program yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah SLaPB dan ADI Perantisana boleh didapati dari pautan ini:
Kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah iaitu:
1. Melalui Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB)
Kaedah latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
2. Melalui Akademi Dalam Industri (ADI)
Kaedah latihan berorientasikan industri yang menggabungkan latihan di tempat kerja dan institusi kemahiran.
3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan). Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
- Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
- Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
- Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Tahap SKM dan Peluang Kerjaya
Berikut ialah contoh peluang kerjaya, jawatan berkaitan dan laluan peningkatan kemahiran bagi setiap Tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
JAWATAN KERAJAAN
| Tahap | Kelayakan | Contoh Jawatan Swasta |
|---|---|---|
| SKM Tahap 1 | Kemahiran asas | Pembantu Operasi, Pembantu Pengeluaran, Operator Kilang |
| SKM Tahap 2 | Kemahiran dalam pelbagai situasi kerja | Juruteknik Junior, Operator Mesin, Pembantu Teknikal |
| SKM Tahap 3 | Kemahiran kompleks dan penyeliaan asas | Juruteknik, Penyelia Tapak, Penyelia Pengeluaran |
| DKM Tahap 4 | Kemahiran teknikal dan profesional | Eksekutif Teknikal, Penyelia Kanan, Penolong Pengurus Teknikal |
| DLKM Tahap 5 | Pengurusan, analisis dan perancangan | Pengurus Operasi, Pengurus Teknikal, Pengurus Latihan |
Semak Senarai Bidang SKM Yang Diiktiraf Untuk Pelantikan Perkhidmatan Awam
KERJA SWASTA
| Tahap | Kategori Pekerjaan | Skop Pekerjaan | Contoh Sektor | Contoh Jawatan Swasta |
|---|---|---|---|---|
| SKM Tahap 1 | Peringkat Operasi & Pengeluaran | Junior TECH hingga ke Senior Tech | Manufacturing / Transport & Logistics / Engineering | Mechanic / Handyman |
| SKM Tahap 2 | Peringkat Operasi & Pengeluaran | Junior TECH hingga ke Senior Tech | Automatif / Mekanikal | Technician / Service Advisor |
| SKM Tahap 3 | Peringkat Penyeliaan | Junior TECH hingga ke Senior Tech | Automatif / Mekanikal / Industrial Chemistry / Paint Technology / Laboratory Technology | Technician / Service Advisor |
| DKM Tahap 4 | Peringkat Penyeliaan | Assist Eng hingga ke Engineer | Elektrikal / Pendidikan | Electrical / Welding / Maintenance Specialist / Pegawai Penilai TVET / Chargeman |
| DLKM Tahap 5 | Peringkat Pengurusan | Engineer hingga ke Sr.Engineer @ Eng Manager/Management Site | Elektrikal | Chargeman |
Anda boleh semak senarai pekerjaan terkini yang menggunakan Sijil Kemahiran Malaysia melalui Portal Job Street
Soalan Lazim Tahap Sijil Kemahiran Malaysia
Apakah yang dimaksudkan dengan Tahap Sijil Kemahiran Malaysia?Tahap Sijil Kemahiran Malaysia ialah sistem pengkelasan yang digunakan untuk mengukur tahap kompetensi, kemahiran, tanggungjawab dan profesionalisme seseorang dalam bidang kemahiran tertentu. Ia merangkumi Tahap 1 hingga Tahap 5.
Siapakah yang mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sebuah agensi di bawah Kerajaan Malaysia.
Berapakah jumlah Tahap Sijil Kemahiran Malaysia?Terdapat lima tahap keseluruhan iaitu SKM Tahap 1, SKM Tahap 2, SKM Tahap 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5.
Apakah perbezaan antara SKM Tahap 1 hingga Tahap 5?Perbezaannya terletak pada tahap kemahiran, autonomi dan tanggungjawab yang dimiliki. Semakin tinggi tahap, semakin kompleks tugasan yang boleh dilaksanakan serta semakin besar tanggungjawab yang dipikul.
Adakah SKM diiktiraf di Malaysia?Ya. SKM merupakan persijilan rasmi kebangsaan yang diiktiraf oleh kerajaan dan industri di Malaysia.
Apakah faedah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia?SKM diiktiraf oleh industri, membuka peluang kerjaya yang lebih luas, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyediakan laluan pembangunan kerjaya yang setanding dengan kelayakan akademik.
Di manakah saya boleh menyemak kursus atau program SKM yang ditawarkan?Semakan kursus dan program boleh dibuat melalui senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah di bawah Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB) atau Akademi Dalam Industri (ADI) yang diiktiraf oleh JPK.
Baca lagi: Semakan Keputusan SVM (Sijil Vokasional Malaysia)
