“Tahniah Adik-Adikku Yang Menuju Puncak!”- Pak Nil Luah Rasa Bangga Finalis AJL39 Adalah Bekas Pelajar Akademi Fantasia

LocalEntertainment
19 Nov 2024 • 4:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

10 buah lagu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Setelah diteliti senarai finalis AJL39 ini, enam daripada 10 finalis yang bakal berentap merupakan bekas pelajar rancangan realiti yang popular, Akademi Fantasia.

Pengacara terkenal Malaysia, Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil yang merupakan bekas pengacara program tersebut turut mengakui perkara itu.

image is not available

 

Menerusi satu hantaran yang telah dibuat di Instagram akaunnya, dia mengucapkan tahniah buat para finalis AJL39 itu.

Tahniah adik-adikku yang menuju puncak!

Dia turut berkata dahulu ramai yang mengatakan kelahiran pelajar Akademi Fantasia ini seperti ‘mi segera’ kerana tempoh mereka mengasah bakat di program itu tidaklah begitu lama.

Bila orang kata kelahiran AF macam mi segera, ni 6 daripada 10 penyertaan AJL adalah alumni AF.

image is not available

Tujuh kalau ambil kira Stacy sebagai penulis/komposer.

Enam peserta yang merupakan alumni Akademi Fantasia itu terdiri daripada Amir Masdi (AF 2016), Akim (AF7), Aisyah Aziz (AF10), Hafiz Suip (AF7), Marsha Milan (AF3), Hael Husani (AF10).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju mengatakan bahawa AF merupakan antara program realiti yang bagus dan telah melahirkan ramai artis yang berbakat besar di negara ini.

 

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 2 days ago

"Sengit Saingan Kali Ni" - Hanya 10 Finalis Berjaya, Ini Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juala Lagu Ke-39