“Bila orang kata AF macam mee segera” – 6 Dari 10 Finalis AJL Adalah Bekas Pelajar AF, Aznil Luah Rasa Bangga

Entertainment
19 Nov 2024 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terjawab sudah pada Jumaat lalu, 10 lagu yang bakal berentap di pentas final Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) yang bakal diadakan pada awal tahun depan.

10 lagu tersebut termasuklah Sengaja nyanyian Amir Masdi ciptaan dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim; Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).

image is not available

Turut bersaing Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).

Tidak ketinggalan, Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh), Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz/Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru), Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique/Apipapol/Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip/Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman/Mas Dewangga & Jova Devito).

Pak Nil bangga kejayaan alumni AF, pernah digelar artis mi segera

Namun setelah diteliti senarai finalis AJL 39, agak terkejut juga apabila dilihat enam daripada 10 finalis merupakan bekas pelajar rancangan realiti Akademi Fantasia.

Perkara ini juga diakui pengacara terkenal Malaysia, Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra digelar Pak Nil yang juga bekas hos bagi rancangan realiti televisyen tersebut.

Menurutnya, dahulu ramai yang mengatakan bahawa kelahiran pelajar Akademi Fantasia ini seperti ‘mi segera’ kerana tidak bermula dari bawah.

Bila orang kata kelahiran AF macam mee segera, ni enam daripada 10 penyertaan AJL adalah alumni AF.

“Tujuh kalau ambil kira Stacy sebagai penulis dan komposer,” tulisnya.

Enam peserta yang merupakan alumni Akademi Fantasia itu terdiri daripada Amir Masdi (AF 2016), Akim (AF7), Aisyah Aziz (AF10), Hafiz Suip (AF7), Marsha Milan (AF3), Hael Husani (AF10).

Posting berkenaan telah mendapat komen positif netizen yang bersetuju dengan Pak Nil dan mengatakan bahawa AF antara program realiti yang bagus dan telah melahirkan ramai penghibur yang hebat di negara ini.

image is not available

Ahh rindunya zaman tengok AF dulu-dulu! Seronok sangat tengok dia orang semua dah berjaya sekarang.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.